Friday, October 8, 2010
Salam Ceria Selalu..
Salam Ceria kepada semua sahabat blogger yang selalu berkunjung..
Mohon seribu kemaafan kepada semua rakan-rakan blogger sebab memang selama ini aku lama tidak meng'update' blog aku yang sedia ada ini lantaran kesibukan di Portal baru kami iaitu http://bengkokafm.com juga di laman Facebook kami http://www.facebook.com/BengkokaFM?v=photos&ref=ts#!/BengkokaFM yang membataskan aku untuk aktif berblog seperti selalunya..Untuk pengetahuan para sahabat blogger..Bengkokafm adalah salah satu portal komuniti juga punyai radio online interaktif sebagai wadah penyiar sebagai hiburan pendengar-pendengar radio online amnya dan untuk warga Bengkoka khasnya..Di laman utama Bengkokafm juga kami ada ruang chat http://bengkokafm.com/index2.php?option=com_jpfchat&Itemid=53 untuk para sahabat-sahabat atau rakan-rakan berchatting sambil mendengarkan radio online Bengkokafm dan antara deejay yang ada ialah aku sendiri yang dikenali sebagai DJ AKU..
Jadi kepada rakan-rakan blogger yang rasa telah penat ber"blogwalking" dan ingin bersantai-santai seketika boleh berkunjung ke ruang sembang kami atau mendengarkan radio Bengkokafm sama ada melalui blog aku ni atau masuk terus ke laman utama Bengkokafm..kalau nak meriah sebelah malam bermula jam 8pm-12am..pasti ramai rakan-rakan baru yang boleh dikenali..
Kepada rakan-rakan blogger yang setia melawat ke blog aku ni..aku mengucapkan ribuan-ribuan terima kasih..pastinya ada masa terluang nanti..saya akan menjejaki jejak yang anda-anda semua tinggalkan..
Salam Ceria selalu..
Posted by AKU at 12:55 PM 5 comments
Sunday, September 5, 2010
BengkokaFM...Ceria Selalu..Radio Online Dedikasi Untuk Warga Bengkoka
Posted by AKU at 1:41 AM 10 comments
Sunday, August 29, 2010
1st Blogwalking Award from Ms Nury Blog
Posted by AKU at 2:47 AM 4 comments
Saturday, August 28, 2010
Malaysia-Indonesia...Berdamailah...
Posted by AKU at 3:32 AM 2 comments
Thursday, August 26, 2010
Satu Kerinduan Yang Abadi...
Salam semua rakan-rakan blogger..
Posted by AKU at 2:23 AM 2 comments
Tuesday, August 24, 2010
Mari Kibarkan Jalur Gemilang...
Posted by AKU at 10:45 PM 2 comments
Saturday, August 21, 2010
!!!! (((( MERAH ))) !!!!
Posted by AKU at 3:59 AM 8 comments
Thursday, August 12, 2010
Melaka>Mersing...Mersing>Melaka...Dah Nasib Badannnnn...
Salam semua dan salam ceria selalu..
Posted by AKU at 2:04 AM 9 comments
Monday, August 9, 2010
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Dan Selamat Berpuasa...
Posted by AKU at 11:42 PM 7 comments
Friday, July 30, 2010
Radio Blog AKU...Radio Online SILATfm..
========================
Realplayer - http://sc1.uberstreaming.com/ram/saga
Quicktime - http://sc1.uberstreaming.com/qtl/saga
WMP - http://sc1.uberstreaming.com/asx/saga
Winamp - http://sc1.uberstreaming.com/m3u/saga
Winamp - http://sc1.uberstreaming.com/pls/saga
Posted by AKU at 12:47 PM 7 comments
Wednesday, July 28, 2010
Blog AKU berat??????
Posted by AKU at 8:23 AM 17 comments
Tuesday, July 27, 2010
Seorang lagi perwira kita terkorban
KUALA LUMPUR: Seorang anggota Pasukan Khas Udara (Paskau), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Kem Jugra, Banting, Selangor terbunuh ketika menjalani latihan terjun payung di Pangkalan Udara TUDM, Gong Kedak, Besut, Terengganu petang semalam.
Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berhubung perkara itu, berkata dalam kejadian jam 1.59 tengah hari Allahyarham Laskar Udara Kanan Hasnizam Ab Wahid, 25, disahkan meninggal dunia jam 3.59 petang ketika dirawat di Hospital Besut.
Hasnizam yang berasal dari Batu Pahat, Johor, sudah berkahwin Oktober tahun lalu, tetapi belum dikurniakan cahaya mata.
Allahyarham menjalani Kursus Terjun Statik Tempur Siri 1/2010 di pangkalan udara berkenaan parah selepas payung terjun yang digunakan untuk latihan gagal berfungsi sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan.(Sumber: Berita Harian Metro bertarikh 27/07/2010)
Apa yang ingin AKU perkatakan di sini ialah..Tentera,Pasukan Khusus sama ada Pasukan Khas Udara (Paskau), Pasukan Khas Laut (Paskal) mahupun Gerakhas (Komando) takkan lengkap tanpa ada kepakaran dalam payung terjun..Apa pun mengikut pengalaman diri yang amat kerdil ini sebenarnya payung terjun adalah selamat kalau mengikut perkara-perkara asas yang dipelajari..seandainya ada kejadian yang sebegini berlaku..ini mungkin perkara utama adalah KETENTUAN yang Maha Esa dan yang selebihnya faktor cuaca,kecuaian penerjun sendiri atau kecuaian anggota atau orang yang menyelenggara payung yang digunakan sama ada dalam proses melipat atau teknikal lain..
Apa pun..dikesempatan ini..diri yang kerdil ini ingin mengucapkan takziah pada keluarga Allahyarham dan dengan iringan doa serta alfatihah semoga roh Allayarham ditempatkan di samping orang-orang yang beriman..Amin..kepastian yang abadi..Allahyarham adalah perwira negara kerana perginya disebabkan latihan yang bertujuan untuk mempertahankan negara Malaysia yang tercinta.
Bagi kita yang tinggal ini..sentiasalah kita mengingati dan menginsafi diri..adakalanya para perajurit kita bersengkang mata sambil menahan lapar dahaga dan berkorban nyawa ketika menjalani latihan atau operasi dan ketika itu kita mungkin sedang bersantai sambil menonton TV,melayari internet,berhibur di pesta-pesta atau makan di restoran-restoran..Jadi..hargailah pengorbanan para perajurit kita dengan menghormati mereka sebagai seorang pelindung negara.
Posted by AKU at 2:02 PM 9 comments
Monday, July 5, 2010
Seguni budi mu tak terbalas oleh AKU..
Posted by AKU at 1:41 PM 9 comments
Saturday, July 3, 2010
Kecundangnya Ghana kerana nasib..
Kepada semua peminat pasukan bolasepak Piala Dunia Ghana pastinya makan tak kenyang tidur tak lena malam tadi apabila kalah di tangan pasukan Uruguay dalam satu permainan yang penuh dramatik apabila mengheret permainan hingga ke masa tambahan setelah kedua-dua pasukan seri satu sama di masa permainan 90 minit berlangsung..Banyak babak-babak menarik boleh kita lihat semasa permainan sedang berlangsung dan pastinya yang paling meninggalkan kesan adalah kegagalan penyerang utama pasukan Ghana iaitu Asamoah Gyan menyempurnakan sepakan penalti diminit terakhir permainan masa tambahan kerana sekiranya A.Gyan berjaya menyempurnakan sepakan itu bererti Uruguay akan gagal ke pusingan seterusnya tapi sebaliknya..sepakan itu juga pastinya akan diingat sampai bila-bila oleh peminat bolasepak diseluruh dunia bukan sebab A.Gyan gagal menyempurnakan sepakan penalti itu tapi nilai kegagalan sepakan penalti itu sendiri..sememangnya nasib tidak meyebelahi pasukan Ghana untuk melangkah jauh di pentas Piala Dunia bagi edisi 2010 ini.
Posted by AKU at 2:09 PM 0 comments
Thursday, July 1, 2010
Salam Semua Rakan-Rakan FB....
Salam 1Malaysia..
Sekarang ini terpaksalah pergi ke hospital setiap hari rabu utk buat fisioterapi..Apa pun kepada rakan2 FB yg ada juga meluangkan masa melawat teratak usang AKU ini semasa ketiadaan AKU..AKU ucapkan ribuan terima kasih..insyallah AKU akan menjejaki jejak tapak kaki yg anda tinggalkan....hehe
Akhir sekali..sekali lagi ucapan Salam 1Malaysia..jgn lupa bersiaran bersama saya dgn mendengarkan lagu2 rock pastinya hanya di Radio Serumpun http://Malindofm.com makin asyik aja..rock terusssss..yaaaaaaa..
Posted by AKU at 10:17 PM 0 comments
Monday, February 15, 2010
UCAPAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA...
Macam Biasa juga ba..Salam Rock..Salam 1Sabah dan pastinya Salam 1Malaysia...
Memang lama AKU tidak meng'update'kan blog AKU ini..dikesempatan ini AKU ingin mengucapkan jutaaan terima kasih pada rakan-rakan blogger yang sentiasa mengunjungi blog AKU ini semasa ketiadaan AKU..Insan yang paling setia dengan blog AKU ini pastinya rakan yang paling istimewa AKU iaitu 911 yang sentiasa berkunjung..TQ banyak-banyak Tuan..
Sebenarnya ketidakaktifan AKU untuk blog ini adalah disebabkan oleh tugasan yang membataskan AKU untuk ber'online'...huhu..tapi insyallah..lepas 25hb.feb ini mungkin AKU akan mula aktif ber'blog' semula..kepada rakan-rakan yang setia berkunjung walaupun tanpa ketiadaan AKU,sekali lagi AKU mengucapkan jutaan terima kasih..TQ allz..kepada rakan-rakan blogger yang lain..jangan lupa juga berkunjung ke sini > http://1sabah.net/ atau http://utarafm.net
TQ sekali lagi dan AKU sudahi Macam Biasa Juga Bah...Salam Rock..Salam 1Sabah dan pastinya..Salam 1Malaysia...
Posted by AKU at 1:42 AM 2 comments
Wednesday, January 6, 2010
Wajah Baru Blog AKU...
Salam Rock pastinya..Salam 1Sabah dan Salam 1Malaysia..
Kepada para pengunjung yang pastinya teman-teman blogger semua..terimalah seadanya wajah baru blog AKU yang tak serupa bikin ini..huhu..Ini semua tahun baru pnya pasallah..haha..salahkan tahun barulah pula..itu cuma gurauan sajalah..
Apa pun..semoga persahabatan kita di alam maya ini terus terjalin dengan lebih akrab lagi bersama dengan misi yang sama-sama kita jalankan...Apa lagi r..haha..rasa-rasanya dah tak ada apa lagi yang nak diperkatakan..ini pun cuma mengisi syarat sebagai terlancarnya wajah baru blog ku ini..
Owhhh..hampir terlupa pula dah..dikesempatan ini AKU ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pastinya sahabat AKU..Tuan 911 dan DJ TT juga yang banyak menolong tanpa jemu-jemu untuk membantu AKU yang tak tahu apa ini untuk membangunkan blog AKU yang tak serupa bikin ini...TQ Tuan 911 dan DJ TT sekali lagi..
Akhir sekali..selamat menjalankan misi macam biasa juga ba..
Salam Rock,Salam 1Sabah dan Salam 1Malaysia..Utarafm macam biasa juga baaaaaaa...
Posted by AKU at 12:22 AM 2 comments
Sunday, January 3, 2010
2009 yang penuh dgn suka duka dlm hidup AKU...
Salam Rock,salam 1Sabah dan pastinya salam 1Malaysia..
Dikesibukan para teman-teman blogger membuat N3 terbaru untuk ucapan tahun baru 2009..AKU langsung tak sentuh apa pun blog ku ketika itu..hanya sibuk dengan misi tersendiri..bukannya apa pun..saja..malas nak buat N3..lebih kuranglah..haha..Apa pun..2009 pastinya telah melabuhkan tirainya..dan pastinya telah dan terlalu banyak suka duka pahit manis yang telah kita tempuhi dan pastinya AKU adalah antara 'kita' yang AKU maksudkan itu..
Posted by AKU at 2:57 AM 5 comments