Wednesday, January 6, 2010

Wajah Baru Blog AKU...

Salam Rock pastinya..Salam 1Sabah dan Salam 1Malaysia..
Kepada para pengunjung yang pastinya teman-teman blogger semua..terimalah seadanya wajah baru blog AKU yang tak serupa bikin ini..huhu..Ini semua tahun baru pnya pasallah..haha..salahkan tahun barulah pula..itu cuma gurauan sajalah..

Apa pun..semoga persahabatan kita di alam maya ini terus terjalin dengan lebih akrab lagi bersama dengan misi yang sama-sama kita jalankan...Apa lagi r..haha..rasa-rasanya dah tak ada apa lagi yang nak diperkatakan..ini pun cuma mengisi syarat sebagai terlancarnya wajah baru blog ku ini..
Owhhh..hampir terlupa pula dah..dikesempatan ini AKU ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pastinya sahabat AKU..Tuan 911 dan DJ TT juga yang banyak menolong tanpa jemu-jemu untuk membantu AKU yang tak tahu apa ini untuk membangunkan blog AKU yang tak serupa bikin ini...TQ Tuan 911 dan DJ TT sekali lagi..

Akhir sekali..selamat menjalankan misi macam biasa juga ba..
Salam Rock,Salam 1Sabah dan Salam 1Malaysia..Utarafm macam biasa juga baaaaaaa...

Sunday, January 3, 2010

2009 yang penuh dgn suka duka dlm hidup AKU...

Salam Rock,salam 1Sabah dan pastinya salam 1Malaysia..
Dikesibukan para teman-teman blogger membuat N3 terbaru untuk ucapan tahun baru 2009..AKU langsung tak sentuh apa pun blog ku ketika itu..hanya sibuk dengan misi tersendiri..bukannya apa pun..saja..malas nak buat N3..lebih kuranglah..haha..Apa pun..2009 pastinya telah melabuhkan tirainya..dan pastinya telah dan terlalu banyak suka duka pahit manis yang telah kita tempuhi dan pastinya AKU adalah antara 'kita' yang AKU maksudkan itu..

Ya..2009 lah AKU rasa terlalu banyak perkara-perkara pahit manis yang aku tempuhi..kejayaan,kegagalan..uhh!! peristiwa bulan jun 2009..mungkin ada yang perasan atau tidak..1 negara heboh jugalah dengan kematian seorang komando yang terkorban semasa membuat penerjunan akibat payung yang digunakan gagal berfungsi dengan betul..mmm..AKU adalah antara penerjun ketika itu..di depan mata AKU melihat apa yang terjadi sehingga arwah terhempas ke bumi..uhhh!!apakan daya..
Kejayaan..haha..naib johan pertandingan payung terjun "Tawau Challenge" adalah kejayaan yang paling besarlah yang aku dapat..naib johan pertandingan "special force skill" ala ala eco challenge la gitu..mmm..memang amat memeritkan..haha..

Kegagalan..uhh!! paling memeritkan adalah kegagalan pasukan muda payung terjun yang AKU bawa dalam pertandingan payung terjun tertutup GERAKHAS..manakan tidak..sepatutnya pasukan AKU adalah antara pasukan pilihan yang boleh membawa kejayaan..tapi..semuanya tak menjadi..tapi AKU taklah kecewa sangat pun sebab kebanyakan anggota yang AKU bawa adalah mereka-mereka yang masih baru..dan tujuan AKU membawa mereka adalah untuk memberi pendedahan awal dan sebagai penganti kami-kami yang kira dah masuk peringkat perlu ditukar dah ni..dah lusuh..apa lagi perkataan yang sesuai..korang fikirlah sendiri...haha..

Mmm..apa lg r..sebenarnya banyak lagilah tapi mcm tiba-tiba putus idea pula ni..Apa pun..biarkanlah semua itu berlalu..harapan di tahun baru ini lebihlah lagi kejayaan yang AKU kecapi dan kuranglah kegagalan yang aku tempuhi..Sebenarnya ada juga aku nak upload beberapa keping gambar kat sini..tp..alamakk..internet slow sangat mengalahkan kura-kura..tapi apa pun semoga sedikit perkongsian ini dpt memberi sesuatu pengajaran pada kita bahawa kehidupan ini takkan berhenti perjalanan dan pusingannyakan..

Akhir sekali..selamat menyambut usia baru..haha..tahun barukan..bermakna..usia kita telah pun meningkat..jadi..janganlah gembira sangat menyambut tahun baru...sekian sajalah..harap-harap dengan penggunaan ayat-ayat aku yang berterabur ni dapatlah juga menghiasi untuk N3 baru blog AKU ni dan juga buat jelingan teman-teman blogger yang sudi menjeling N3 ini..

Sekian..Salam Rock sekali lagi,salam ceria,salam 1Sabah dan pastinya salam 1Malaysia..

Wednesday, December 23, 2009

DJ TT hadiri uji bakat di RTM Melaka..

Salam Rock,salam 1Sabah dan salam 1Malaysia...
Ya..hari ini berkesempatan menemankan rakan DJ UTARAfm iaitu DJ TT menghadiri sessi uji bakat sebagai penyampai berita,DJ radio dan penyampai berita TV RTM yang telah diadakan di MITC Melaka..Apa yang AKU perhatikan semasa uji bakat berlangsung memang DJ TT berbakat dalam bidang penyiaran..tapi apa pun semua itu terpulang pada panel penguji sebab mereka lebih arif berkenaan bidang penyiaran..kalau ada rezeki DJ TT untuk melangkah lebih jauh dalam bidang penyiaran ini kita akan dapatlah mendengar suara beliau berkumandang di corong radio atau kaca tv sedikit masa nanti dan ini adalah salah satu kejayaan dan kebanggaan UTARAfm juga sebenarnya sekiranya DJ TT berjaya..kalau tak berjaya pun mungkin rezeki beliau belum ada lagi sebab bakat memang da ada..apa pun kita berdoalah untuk kejayaan beliau..BRAVO DJ TT..BRAVO UTARAfm..



 Semasa sessi uji bakat penyampai berita TV


        Gaya dan bakat memang da ada



Kalau ada rezeki takkan ke mana

Salam Rock,Salam 1Sabah dan Salam 1 Malaysia sekali lagi..UTARAfm..mcm biasa juga baaaa...

Cukup Sihat ke AKU?

Salam Rock mcm biasa juga baaaa..
Lama tidak membuat N3 kt blog ini lantaran kesibukkan kerja yang agak byk sejak kebelakangan ini dan dikesempatan ini..AKU ingin kongsikan serba ringkas tentang Index Jisim Badan (BMI) kpd rakan2 blogger yg mungkin ada yg tidak pernah tahu atau tahu tp tidak pernah mengambil tahu berkenaan Index Jisim Badan (BMI) ini..

Index Jisim Badan (BMI) adalah merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian atau isipadu seseorang..Formula di bawah ini adalah contoh pengiraan untuk mendapatkan berapakah Index Jisim Badan (BMI) seseorang..

                BMI =            Berat (kg)
                         -------------------------
                         (Tinggi (m) X Tinggi (m))
  • Bawah 18.5 kurang berat
  • Antara 18.5 - 22.9 berat yang sihat
  • 23 hingga 27.4 agak lebih berat
  • 27.5 dan keatas gemuk / obes
Walau bagaimanapun, formula ini tidak boleh digunakan jika anda:
  • berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun
  • mengandung atau menyusukan anak
  • seorang ahli sukan yang aktif
 Jadi..kalau nak tahu yang anda benar-benar sihat cubalah buat kira-kira dan bandingkan jawapan yang anda dapat..

Salam Rock sekali lagi...