BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 29, 2010

1st Blogwalking Award from Ms Nury Blog



 
Salam semua rakan-rakan blogger..
1st time dapat award yang berupa BLOGWALKING AWARD yang telah diberikan oleh Ms Nury ..Tq bebanyak AKU ucapkan diatas pemberian award ini..Dan sebagai menghargai award ini AKU  akan '"Tag"kan15 blog sahabat-sahabat lain menuruti kehendak Q&A Ms Nury

Inilah dia 15 blog yang selalu datang ke blog AKU ini
1.   911
2.   Masturah Idrus
5.   Jiwa Kacau
6.   Mia Liana
8.   Aur


Saturday, August 28, 2010

Malaysia-Indonesia...Berdamailah...


Salam rakan-rakan blogger Malaysia dan Indonesia..
Seperti yang kita tahu sekarang perselisihan faham antara negara Malaysia dan Indonesia hingga ke saat post ini AKU tulis masih belum dapat diselesaikan lagi disebabkan kedua-dua para pemimpin negara seperti bermain tarik tali..Perkara ini terjadi disebabkan penahan 3 orang anggota kerajaan negara Indonesia oleh pihak berwajib Malaysia..Mengapa disebabkan oleh kes ini rakyat kedua-dua negara perlu bergaduhan sehingga terjadinya perhimpunan-perhimpunan yang mengesa pihak kerajaan melancarkan perang..Sebenarnya di pihak rakyat Malaysia taklah terlalu emosional sangat berhubung dengan perkara ini tapi mungkin lebih kepada sebilangan kecil rakyat Indonesia sendiri..Apa kata kita biarkanlah saja para pemimpin negara kita menyelesaikan perkara ini dengan cara mereka sendiri dan kita sebagai rakyat ini lebih baiknya kita terus berkerja untuk mencari rezeki untuk memberi makan anak isteri kita daripada kita membuang masa mengikuti perhimpunan-perhimpunan yang membawa kepada pergaduhan dua rumpun bangsa yang tak membawa faedah langsung..Kita jadikanlah ikhtibar sejarah silam agar perkara 'Ganyang Malaysia 2' tidak berlaku...Harapan kita supaya para pemimpin kita dapat mencapai kata sepakat yang lebih rasional agar perselisihan faham ini dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik..Malaysia-Indonesia..Berdamailah...


Thursday, August 26, 2010

Satu Kerinduan Yang Abadi...


DZ Pulau Labuan

Salam semua rakan-rakan blogger..

Bukan nak menunjuk diri yang sebenar cuma ingin berkongsi  sesuatu pada kerinduan yang pastinya atau mungkin takkan lagi dapat aku lakukan..Sesuatu yang pernah aku lalui yang kini entah bila,entah dapat atau entah bila lagi aku akan merasai sesuatu kenikmatan yang penuh dengan kengerian..bukannnn..satu kengerian yang penuh dengan kenikmatan ini..Lantaran kecederaan yang masih menyakitkan ini menghalang aku untuk terus menikmati ketenangan di awang-awangan..
Sembuhlah kau wahai sakit agar aku dapat kembali menikmati sesuatu yang aku minati..Tak sanggup lagi aku berputih mata melihat teman-teman seangkatan bertebaran di angkasa raya dengan pelbagai aktiviti sedangkan aku hanya menahan rasa gelora di dalam diri sambil mengenangkan saat-saat aku menjadi seperti mereka-mereka di atas sana..
wassallammmm...

Tuesday, August 24, 2010

Mari Kibarkan Jalur Gemilang...

Ehsan dari Goggle
Salam Ramadhan Hari Yang Ke 14
Sedar tak sedar hari ini sudah masuk hari yang ke 14 kita berpuasa dan sedar tak sedar  juga dah hampir separuh bulan kita di bulan Ramadhan yang mubarrak ini berjuang menentang nafsu,lapar dan dahaga demi untuk mencari keredhan Allah S.W.T..segalanya pasti di bulan Ogos..dan mungkin ada ketika kita terlupa yang bulan Ogos ini juga adalah bulan kemerdekaan bagi negara kita Malaysia yang tercinta...Mungkin bulan Ramadhan ini membayangi sambutan bulan kemerdekaan kita kerana pastinya orang sibuk berpuasa dan bila petang menjelma dalam kepala otak akan berfikir apakah juadah yang akan dijamah atau dihidangkan dan bagi mereka-meraka yang masih bujangan akan sibuk memikirkan bazaar Ramadhan mana  yang akan diserbu bila saja petang menjelma dan selepas berbuka pula akan berpusu-pusulah ke surau-surau atau masjid yang berhampiran untuk melakukan solat terawih dan selepas balik dari bersolat terawih pastinya dalam kepala otak hanya ingin berehat serehat-rehatnya di hamparan tilam yang empuk kerana pastinya subuh-subuh akan sibuk lagi menyediahkan juadah untuk bersahur dan untuk memikirkan soal kemerdekaan pastinya hanya 20% dalam kepala otak.

Ehsan Dari Goggle

Demi menyahut seruan Perdana Menteri sebagai satu ikatan dalam satu komuniti yang berbeda fahaman dan adat resam tapi berlindung di bawah satu kibaran bendera yang sama..marilah kita sama-sama memeriahkan sambutan hari kemerdekaan kali yang ke-53  pada tahun ini dengan mengibarkan bendera jalur gemilang yang berdaulat demi untuk menyokong gagasan 1 Malaysia yang telah diilhamkan sendiri oleh Perdana Menteri kita..Juga dikesempatan ini...marilah kita bersama-sama mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan pada sesama kita sebagai tanda kita berbangga menjadi rakyat pada sebuah negara yang aman damai dan pastinya tak ada negara di rantau ini yang begitu aman seaman negara kita Malaysia.
Ehsan Dari Goggle
Juga dikesempatan ini juga marilah kita bersama-sama menghadiahkan al-fatihah kepada pejuang-pejuang negara yang telah gugur sebagai pahlawan negara demi untuk memerdekakan mahu pun mempertahankan kemerdekaan negara Malaysia kerana tanpa mereka mungkin kita takkan dapat mengecapi kemerdekaan mahu pun keamanan yang kita rasai sekarang ini..dan pastinya hingga ke saat ini ada diantara anggota keselamatan kita yang berada di garis-garis tertentu sempadan negara berjauhan dengan sanak-saudara serta kaum keluarga demi untuk memastikan kita masih boleh makan dengan kenyang dan tidur dengan nyenyak.
Ehsan Dari Goggle
Di akhir coretan ni..berharaplah kita semoga generasi akan datang akan dapat mempertahankan dan meneruskan tradisi pengisian bulan kemerdekaan dengan mengibarkan bendera jalur gemilang di bangunan-bangunan kediaman mahu pun dimana saja sebagai tanda kita rakyat Malaysia bermegah dengan keamanan yang kita kecapi..Jadi..apa lagi..marilah bersama-sama mengibarkan bendera negara Malaysia jalur gemilang yang berdaulat..MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Saturday, August 21, 2010

!!!! (((( MERAH ))) !!!!




Salam Keriangan Untuk Mu Kawan..
Bertemu mu di alam maya ini..tak langsung terduga oleh ku
Pertama kali ku melihat mu diantara pelbagai warna
pastinya akan lebih menyerlah diri mu
sehingga hati ini ingin sekali mengapai mu
meski pun kau tinggi di awan singgahsana
walau takkan terjangkau oleh ku..

Tapi kau tak seperti warna yang lain
walau warna mu MERAH menyerlah..kau tetap melihat ke bawah
pada yang ingin mencalit warna MERAH terang mu walau sekadar percikkan sahaja
itulah yang membawa kepada kejayaan mu sebenarnya dan pastinya
kau disayangi oleh setiap yang meminati warna MERAH mu
dan pasti akan meng'AMIN'kan setiap permintaan mu pada Yang Maha Kuasa..
Berbahagialah insan yang menjadi pemilik warna mu MERAH
dan aku yang kecil ini sejak kini dan selamanya
akan sentiasa bertemankan mu sebagai peminat warna mu MERAH
dan semoga perjuangan mu mendapat kerahmatan Illahi
teruskanlah perjuangan mu walau apa pun 'nawaitu' mu
aku tetap menyokong mu wahai warna ku MERAH...

Semoga kau tetap berada di aras yang tinggi 
supaya dapat aku,dia dan mereka semua yang menyokong mu
dapat terus melihat warna MERAH mu menyerlah di antara
warna-warna pelangi yang menyaingi mu..
ini kerana aku adalah antara ribuan penyokong kuat mu..MERAH!!!!

Thursday, August 12, 2010

Melaka>Mersing...Mersing>Melaka...Dah Nasib Badannnnn...

Gambar Ehsan Dari Goggle

Salam semua dan salam ceria selalu..
Baru sampai di Mersing pagi2 buta ni..tak boleh nak melelapkan mata dan tak tahu nak buat apa jadi aku buka laptop yang dah usang ini dan mulalah membuka blog aku..maka terciptalah entry baru pada blog ini yang bertajuk Mersing-Melaka..Melaka-Mersing..sebenarnya tak tahu nak bubuh tajuk apa jadi..apa yang termasuk difikiran sebelah kanan diterjemahkanlah disebelah kiri..maka itulah tajuk entry pada kali ini..
Ya..aku akan berada di Mersing ini tak tahu sampai bila sebenarnya..mungkin seminggu,dua minggu atau sampai menjelang bulan syawal..tak tahu lagi..telah ditugaskan oleh big boss untuk satu tugas..jadi terpaksa akurlah dengan arahan walaupun kena buat kerja "time-time" bulan puasa ni..nak tak nak kena buat jugalah walaupun sebenarnya.....
Gambar Ehsan Dari Goggle
Nak buat macam manakan..dah tugas..kena buat jugalah..tak nak buat kerja dan tak nak ikut perintah big boss..berhenti kerja..itu je lah jawapannya..wakaka..takkanlah sampai macam itu sekalikan..zaman-zaman sekarang ni bukannya senang nak cari kerja kat luar tu..Apa pun..tugas tetap tugas..amanah tetap dipikul walau seberat mana pun..
Okkkkkkk...TQ ALLLZZZ..

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Dan Selamat Berpuasa...



Assallamuallaikum dan salam sejahtera..
Kepada semua rakan-rakan blogger yang beragama Islam..Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia ini dan selamat menunaikan kewajipan berpuasa..Semoga amalan puasa kita pada tahun ini lebih diberkati oleh Allah S.W.T lebih dari tahun-tahun yang sudah..


Apa pun..di bulan yang mulia ini sama-samalah kita berusaha memperbaiki segala amalan kita moga apa yang kita lakukan mendapat kerahmatan dari Yang Maha Kuasa untuk bekalan kita di akhirat nanti..Kepada rakan-rakan blogger juga..mungkin seminggu dua ni saya agak sibuk dengan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan dan pastinya akan membataskan saya untuk ber'blogwalking'..tapi apa pun andai ada masa yang terluang saya tetap akan mencuri masa untuk menjejaki tapak kaki yang ditinggalkan oleh rakan yang sudi bertandang ke blog seadanya ini..klik tetap klik k..
TQ ALLZZZZZZZ..