BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 30, 2010

Radio Blog AKU...Radio Online SILATfm..



Salam 1 malaysia..
Hari ini aku telah memasangkan flashplayer pada blog ini dan ini bererti para sahabat blogger boleh mendengar radio online yang dinamakan Silatfm secara langsung melalui blog ini..Ini bererti juga rakan-rakan blogger boleh mendengar aku bersiaran langsung atau men'DJ'kan radio online ini sekiranya aku ada bersiaran dan seterusnya boleh meminta lagu-lagu yang para sahabat blogger inginkan..mungkin boleh ditujukan pada sahabat blogger yang lain..tapi kalau boleh lagu-lagu yang berirama rock saja le ye..sebab hanya lagu-lagu rock saja yang banyak dalam koleksi aku..
 Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan aku DJ MKA sebab membenarkan aku menggunakan servernya untuk menyiarkan radio online Silatfm melalui blog aku ini..

Para sahabat juga boleh mendengarkan Silatfm melalui playlist yang ada di bawah ini..tq all..

Wednesday, July 28, 2010

Blog AKU berat??????

Salam 1 Malaysia..

           Blog AKU berat???? terima kasih banyak-banyak kepada teman blogger Melati Qistina's Mummy yang 
 
dapat mengesan kelemahan blog AKU ini..Blog AKU berat..Jadi untuk kebaikan kita bersama minta tolong 
 
kepada rakan-rakan lain supaya dapat memberi komen adakah blog aku ni berat bila dibuka atau 
 
bagaimana..dan seandainya ada kekurangan yang lain tolong beri komen juga.  Dengan komen anda semua nanti 
 
dapatlah saya memperbaiki apa permasalahan yang timbul pada blog ini bila rakan-rakan datang berkunjung.
Jangan lupa beri komen yeeeeee..
 
TQ ALL...




Tuesday, July 27, 2010

Seorang lagi perwira kita terkorban

          Tersentak hati ini bila mendengar berita di radio Era pagi ini yang mengatakan satu tragedi payung terjun telah berlaku yang mengorbankan seorang lagi perwira negara kita pada petang kelmarin di Lapangan Terbang Gong Kedak Besut Terengganu..kenal sangat dengan DZ itu sebab di situlah juga kali pertama AKU mengenal dan merasai terjun payung pada ketika itu payung statik. Manakan tidak tersentap hati ini sebab di depan mata ini sendiri pernah melihat beberapa orang rakan seperjuangan yang pernah menghadapi situasi yang sama,yang cedera dan yang meninggal dunia dan diri ini sendiri pernah menghadapi situasi yang hampir serupa..namun tuhan masih memanjangkan umur dan riwayat diri ini..dan beberapa kejadian yang menimpa memang memeritkan disebalik keseronokan..itulah namanya payung terjun.


PILU...Nik Hasnah mencium kain pemberian arwah anaknya, Hasnizan 
(gambar kecil).
PILU...Nik Hasnah mencium kain pemberian arwah anaknya, Hasnizan (gambar kecil).(Sumber gambar dan berita : Harian Metro online)

        Berusaha diri ini mencari maklumat berkenan tragedi itu dan mendapat sedikit maklumat dari harian Metro online.. 

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Pasukan Khas Udara (Paskau), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Kem Jugra, Banting, Selangor terbunuh ketika menjalani latihan terjun payung di Pangkalan Udara TUDM, Gong Kedak, Besut, Terengganu petang semalam.
Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berhubung perkara itu, berkata dalam kejadian jam 1.59 tengah hari Allahyarham Laskar Udara Kanan Hasnizam Ab Wahid, 25, disahkan meninggal dunia jam 3.59 petang ketika dirawat di Hospital Besut.
Hasnizam yang berasal dari Batu Pahat, Johor, sudah berkahwin Oktober tahun lalu, tetapi belum dikurniakan cahaya mata.


Allahyarham menjalani Kursus Terjun Statik Tempur Siri 1/2010 di pangkalan udara berkenaan parah selepas payung terjun yang digunakan untuk latihan gagal berfungsi sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
(Sumber: Berita Harian Metro bertarikh 27/07/2010)

        Apa yang ingin AKU perkatakan di sini ialah..Tentera,Pasukan Khusus sama ada Pasukan Khas Udara (Paskau), Pasukan Khas Laut (Paskal) mahupun Gerakhas (Komando) takkan lengkap tanpa ada kepakaran dalam payung terjun..Apa pun mengikut pengalaman diri yang amat kerdil ini sebenarnya payung terjun adalah selamat kalau mengikut perkara-perkara asas yang dipelajari..seandainya ada kejadian yang sebegini berlaku..ini mungkin perkara utama adalah KETENTUAN yang Maha Esa dan yang selebihnya faktor cuaca,kecuaian penerjun sendiri atau kecuaian anggota atau orang yang menyelenggara payung yang digunakan sama ada dalam proses melipat atau teknikal lain..

        Apa pun..dikesempatan ini..diri yang kerdil ini ingin mengucapkan takziah pada keluarga Allahyarham dan dengan iringan doa serta alfatihah semoga roh Allayarham ditempatkan di samping orang-orang yang beriman..Amin..kepastian yang abadi..Allahyarham adalah perwira negara kerana perginya disebabkan latihan yang bertujuan untuk mempertahankan negara Malaysia yang tercinta.

        Bagi kita yang tinggal ini..sentiasalah kita mengingati dan menginsafi diri..adakalanya para perajurit kita bersengkang mata sambil menahan lapar dahaga dan berkorban nyawa ketika menjalani latihan atau operasi dan ketika itu kita mungkin sedang bersantai sambil menonton TV,melayari internet,berhibur di pesta-pesta atau makan di restoran-restoran..Jadi..hargailah pengorbanan para perajurit kita dengan menghormati mereka sebagai seorang pelindung negara.

Monday, July 5, 2010

Seguni budi mu tak terbalas oleh AKU..




Ayahanda kesayangan AKU Tianok Bin Liman

            Wajah tua mu mencerminkan usia mu sebenar..dulu masa usia muda mu..berhempas pulas kau mencari nafkah sesuap nasi buat mengenyangkan perut anak2 mu yg kini da sama status dgn mu sbg seorg ayah atau ibu pd cucu-cucu mu..Pahit maung mu mencari nafkah membesarkan kami adik beradik dapat ku lihat..ya..dapat ku rasakan kini betapa susahnya mencari nafkah utk membesarkan anak2 dan kini aku insaf..betapa budi mu takkan dapat AKU membalasnya walau seisi dunia ini ku persembahkan pada mu wahai ayahanda ku..Di kala AKU menciptakan post ini..air mata ku tak henti-henti mengalir menginsafi diri bila mengenangkan kesusahan mu ketika membesarkan kami adik-beradik..Dan kini kami telah pun besar panjang namun jasa-jasa mu masih tak terbalas oleh kami..pastinya hanya DIA yang SATU sahaja yg dpt membalas segala budi mu wahai ayahanda kesayangan ku..

              Sehingga ke saat ini kau masih berhempas pulas membantu anak2 mu dari belakang memberi sokongan tatkala ada diantara kami adik-beradik yg jatuh tersungkur menghadapi rintangan kehidupan semasa mengejar masa mencari kehidupan yg lebih sempurna untuk kami menyambung membesarkan anak-anak kami sebagai pewaris mu..Engkaulah wahai ayahanda ku..pastinya..budi mu yang seguni takkan terbalas oleh AKU..(Sumber gambar http://www.facebook.com/akurashid?cropsuccess#!/album.php?aid=27926&id=122423907773270) tq buat teman AKU mr 911 1sabah utk gambar ini.

Saturday, July 3, 2010

Kecundangnya Ghana kerana nasib..

                                             
Salam 1Malaysia..
           Kepada semua peminat pasukan bolasepak Piala Dunia Ghana pastinya makan tak kenyang tidur tak lena malam tadi apabila kalah di tangan pasukan Uruguay dalam satu permainan yang penuh dramatik apabila mengheret permainan hingga ke masa tambahan setelah kedua-dua pasukan seri satu sama di masa permainan 90 minit berlangsung..Banyak babak-babak menarik boleh kita lihat semasa permainan sedang berlangsung dan pastinya yang paling meninggalkan kesan adalah kegagalan penyerang utama pasukan Ghana iaitu Asamoah Gyan menyempurnakan sepakan penalti diminit terakhir permainan masa tambahan kerana sekiranya A.Gyan berjaya menyempurnakan sepakan itu bererti Uruguay akan gagal ke pusingan seterusnya tapi sebaliknya..sepakan itu juga pastinya akan diingat sampai bila-bila oleh peminat bolasepak diseluruh dunia bukan sebab A.Gyan gagal menyempurnakan sepakan penalti itu tapi nilai kegagalan sepakan penalti itu sendiri..sememangnya nasib tidak meyebelahi pasukan Ghana untuk melangkah jauh di pentas Piala Dunia bagi edisi 2010 ini.



                                                Asamoah Gyan
             Permainan diheret ke sepakan penalti untuk menentukan siapa pemenang yang bakal mengisi slot kekosongan untuk berdepan dengan pasukan Belanda yang telah sedia menanti di separuh akhir nanti tetapi cerita hampir sama dengan apa yang terjadi di masa permainan penuh..kegagalan dua pemain pasukan Ghana menyempurnakan sepakan penalti meleburkan samasekali harapan pasukan Ghana untuk layak ke pusingan separuh akhir Piala Dunia dalam sejarah bolasepak mereka..Apa pun sebenarnnya nasiblah yang tidak menyebelahi mereka untuk layak ke pusingan seterusnya..untuk permainan memang tak dapat dinafikan pasukan Ghana mempunyai tahap atau cara permainan sebagai pasukan juara sebenarnya. Apa pun tahniah juga pada pasukan Ghana sebab berjaya melangkah jauh walaupun kecundang malam tadi. Pasukan Malaysia bila lagi?????..

Thursday, July 1, 2010

Salam Semua Rakan-Rakan FB....


Salam 1Malaysia..

            Apa khabar semua rakan2 FB..lama sgt rasanya AKU x meng"update"kan blog AKU ini..ibarat sebuah rumah yg x terjaga lagaknya..pastinya penuh dgn sawang2..haha..tiada lain penyebabnya pastinya hanyalah kemalasan..tp pastinya pasni AKU akan aktif balik berblog mcm selalu..lagi2 sekarang ini mcm byk juga masa ini sbb tak boleh buat byk kerja akibat dari kecederaan lutut masa pertandingan payung terjun yg baru berlangsung bersempena dgn SUKMA hari tu di stadium Hang Jebat.. 
 
                        Proses Balancing n Allignment lutut AKU

            Sekarang ini terpaksalah pergi ke hospital setiap hari rabu utk buat fisioterapi..Apa pun kepada rakan2 FB yg ada juga meluangkan masa melawat teratak usang AKU ini semasa ketiadaan AKU..AKU ucapkan ribuan terima kasih..insyallah AKU akan menjejaki jejak tapak kaki yg anda tinggalkan....hehe
            Akhir sekali..sekali lagi ucapan Salam 1Malaysia..jgn lupa bersiaran bersama saya dgn mendengarkan lagu2 rock pastinya hanya di Radio Serumpun http://Malindofm.com makin asyik aja..rock terusssss..yaaaaaaa..