BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 31, 2009

"KAMU SUMBER INSPIRASI KU"

Salam Rock macam biasa juga bah..
           Sudah 3 atau 4 hari sudah rasanya aku tidak membuat post baru..bukannya malas tapi sebenarnya tiada idea nak dikongsikan bersama. Hari ini aku membuat latihan penerjunan payung terjun lagi di DZ Seri Bertam Melaka tapi apa yang istimewanya latihan penerjunan pada kali ini ialah terjun bersama orang tertinggi dalam Rejimen GERAKHAS (Komando)..bukan orangnya yang tinggi tapi pangkatnyalah...haha..iaitu Panglima kami sendiri Brigeder Jeneral Dato Abdul Samad bersama Pengarah Gerakhas Kolonel Hassan dan Pegawai Memerintah aku Lt.Kol Ghazali Abu..
          Cukup kalau aku katakan bahawa mereka-mereka ini adalah insan-insan atau pegawai-pegawai atasan aku yang amat spoting berbeza dari tampuk pemerintah yang lepas-lepas..Panglima sendiri amat dekat dengan orang-orang bawahan macam aku sebab apa aku katakan demikian..apabila dia datang,dia sendiri yang menuju ke arah kita untuk bersalaman..bukan kita yang datang pada dia..ini amat berbeza dengan panglima-panglima aku sebelum ini..
         Diakhir penerjunan kami petang tadi..masa panglima nak balik..dia sempat lagi datang kearah kami dan macam biasa bersalaman dengan kami sambil berkata "TERIMA KASIH SEMUA..KAMULAH SUMBER INSPIRASI KU" itulah ayat sebiji yang panglima aku ungkapkan tadi..
        Apa yang ingin aku kongsikan disini ialah..ungkapan tadi sebenarnya membawa satu pengertian yang amat besar..kita orang-orang bawahan ini terasa amat diperlukan,jasa-jasa kita terasa dihargai dan yang paling penting kita dihormati oleh orang-orang atasan kita sendiri dan pastinya ini semua akan menaikkan lagi semangat kita untuk terus bekerja dengan lebih kuat dan gigih lagi..TQ panglima ku..



Salam Rock sekali lagi..macam biasa juga bah..

Saturday, October 24, 2009

Setangkai Budi Segunung Ingatan Untuk Mu KAWAN..

 Salam Rock untuk mu KAWAN..
            Setangkai budi mu..yang sebenarnya membuatkan aku selalu terketawa sorang2 walaupun aku didalam mood yang kurang baik dgn gelagat lawak chatting mu yang selamba..menjadikan aku rilex semula selepas tension...haha..
            Setangkai budi mu..agak byk juga menolong sehingga terbangunnya blog ku yg taklah serupa blog org lain ini..
            Setangkai budi mu..Yang paling penting adalah ingatan mu sebenarnya..Ingatan itulah yang paling murni dalam persahabatan maya ini..
            Segunung Ingatan..Hanya itu saja yang dapat aku berikan..Ikhlas dari seorang kawan..Seikhlas persahabatan mu juga KAWAN..


Rockersss Terusss juga untuk mu KAWAN..AKU

Wira yang tak pernah dijulang....




           Ya..si dia yang berbaju melayu berwarna cerah dan berkopiah hitam..dialah yang aku maksudkan "wira yang tak pernah dijulang"..gara-gara bermain tinju untuk mewakili negara di era 80an dahulu..dia kehilangan penglihatan setelah bersara dari perkhidmatan anggota komando tentera...Masih aku teringat ketika dia menceritakan serba sedikit kesusahan yang pernah beliau alami..nak tegelak pun ada..apakan tidak..aku cuba bayangkan bagaimanalah seorang yang hilang penglihatan boleh pergi ke laut memasang pukat..nampakkah dia mana tuju laut mana tuju darat..tapi itulah realiti yang pernah dia tempuhi..



           Ya..apa pun penderitaan yang pernah beliau rasa itu adalah kehendak Allah yang maha Esa..berkesempatan jugalah menolong beliau dengan memperbaiki tempat kediaman beliau dan pastinya itu saja pertolongan yang termampu aku berikan..Haha..dapat jugalah masuk berita TV3..haha..

           Hanya sekadar satu perkongsian sebenarnya..Rockersss Terusss DJ AKU

Di Tawau Bah Ini....

        Hari terakhir..dapatlah juga membawa balik title naib juara dalam pertandingan lumba kuda..haha..

Friday, October 23, 2009

Sekalung TQ Sejambak Kasih..

Salam Rock...

TQ..itulah ayat pertama yang mampu aku ucapkan pada DJ TT sebab berusaha dengan sedaya usaha yang boleh bagi mewujudkan blog ku yang tak serupa blog ini..tapi bilang orang ba..ada lagi bikin beteduh ba...haha..Sejambak kasih juga aku berikan pada DJ TT dengan usahanya yang tak berbelah bagi untuk membangunkan blog ku ini sehingga blog beliau sendiri tak dapat dibangunkan...haha..Apa pun..pada teman-teman yang sudi melawat dan singgah jap di teratak blog ku yang baru dan belum usang ni..sila-silalah selongkar mana-mana yang patut..selongkarlah macam blog anda sendiri..haha..

Selamat menyelongkar..Rockersss Terusss DJ AKU