BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 3, 2010

2009 yang penuh dgn suka duka dlm hidup AKU...

Salam Rock,salam 1Sabah dan pastinya salam 1Malaysia..
Dikesibukan para teman-teman blogger membuat N3 terbaru untuk ucapan tahun baru 2009..AKU langsung tak sentuh apa pun blog ku ketika itu..hanya sibuk dengan misi tersendiri..bukannya apa pun..saja..malas nak buat N3..lebih kuranglah..haha..Apa pun..2009 pastinya telah melabuhkan tirainya..dan pastinya telah dan terlalu banyak suka duka pahit manis yang telah kita tempuhi dan pastinya AKU adalah antara 'kita' yang AKU maksudkan itu..

Ya..2009 lah AKU rasa terlalu banyak perkara-perkara pahit manis yang aku tempuhi..kejayaan,kegagalan..uhh!! peristiwa bulan jun 2009..mungkin ada yang perasan atau tidak..1 negara heboh jugalah dengan kematian seorang komando yang terkorban semasa membuat penerjunan akibat payung yang digunakan gagal berfungsi dengan betul..mmm..AKU adalah antara penerjun ketika itu..di depan mata AKU melihat apa yang terjadi sehingga arwah terhempas ke bumi..uhhh!!apakan daya..
Kejayaan..haha..naib johan pertandingan payung terjun "Tawau Challenge" adalah kejayaan yang paling besarlah yang aku dapat..naib johan pertandingan "special force skill" ala ala eco challenge la gitu..mmm..memang amat memeritkan..haha..

Kegagalan..uhh!! paling memeritkan adalah kegagalan pasukan muda payung terjun yang AKU bawa dalam pertandingan payung terjun tertutup GERAKHAS..manakan tidak..sepatutnya pasukan AKU adalah antara pasukan pilihan yang boleh membawa kejayaan..tapi..semuanya tak menjadi..tapi AKU taklah kecewa sangat pun sebab kebanyakan anggota yang AKU bawa adalah mereka-mereka yang masih baru..dan tujuan AKU membawa mereka adalah untuk memberi pendedahan awal dan sebagai penganti kami-kami yang kira dah masuk peringkat perlu ditukar dah ni..dah lusuh..apa lagi perkataan yang sesuai..korang fikirlah sendiri...haha..

Mmm..apa lg r..sebenarnya banyak lagilah tapi mcm tiba-tiba putus idea pula ni..Apa pun..biarkanlah semua itu berlalu..harapan di tahun baru ini lebihlah lagi kejayaan yang AKU kecapi dan kuranglah kegagalan yang aku tempuhi..Sebenarnya ada juga aku nak upload beberapa keping gambar kat sini..tp..alamakk..internet slow sangat mengalahkan kura-kura..tapi apa pun semoga sedikit perkongsian ini dpt memberi sesuatu pengajaran pada kita bahawa kehidupan ini takkan berhenti perjalanan dan pusingannyakan..

Akhir sekali..selamat menyambut usia baru..haha..tahun barukan..bermakna..usia kita telah pun meningkat..jadi..janganlah gembira sangat menyambut tahun baru...sekian sajalah..harap-harap dengan penggunaan ayat-ayat aku yang berterabur ni dapatlah juga menghiasi untuk N3 baru blog AKU ni dan juga buat jelingan teman-teman blogger yang sudi menjeling N3 ini..

Sekian..Salam Rock sekali lagi,salam ceria,salam 1Sabah dan pastinya salam 1Malaysia..

6 comments:

911 said...

menjeling... ekekeek... Selamat Tahun Baru tuan..
Tahun ini dan tahun depan pasti akan lain lagi ceritanya. Banyak lagi perkara yang menanti dan pastinya ada sesuatu yang menarik untuk dikenang semula. :)

Menarik ceritamu ni tuan..:)

PuRple PuGirLz said...

Jadikan kenangan 2009 satu pengajaran & pengalaman. he2x..
good luck!!!

AKU said...

tq tn 911 n purple pupgirlz..harapan 2010 membawa lebih kejayaan dari kegagalan bkn pada AKU sendiri tp kita semua..pada tn 911..mcm biasa tn..tq byk2 sbb byk memberi keceriaan juga dlm kehidupan AKU tanpa kita sedari sebenarnya..mcm biasa juga tn..dari kiriiiiiiiiii...seraaaannnnngggsssssss...haha

BezBuddy said...

pndi maen pyung terjun eg?
dlu sy skola slalu tgk askar2 praktis...slalu sgt...hehe

AKU said...

BezBuddy..
haha..ok le tu..sekurang-kurangnya tahu bagaimana dan apa bahananya bermain dengan pyg terjun ni..

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇