BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 26, 2010

Satu Kerinduan Yang Abadi...


DZ Pulau Labuan

Salam semua rakan-rakan blogger..

Bukan nak menunjuk diri yang sebenar cuma ingin berkongsi  sesuatu pada kerinduan yang pastinya atau mungkin takkan lagi dapat aku lakukan..Sesuatu yang pernah aku lalui yang kini entah bila,entah dapat atau entah bila lagi aku akan merasai sesuatu kenikmatan yang penuh dengan kengerian..bukannnn..satu kengerian yang penuh dengan kenikmatan ini..Lantaran kecederaan yang masih menyakitkan ini menghalang aku untuk terus menikmati ketenangan di awang-awangan..
Sembuhlah kau wahai sakit agar aku dapat kembali menikmati sesuatu yang aku minati..Tak sanggup lagi aku berputih mata melihat teman-teman seangkatan bertebaran di angkasa raya dengan pelbagai aktiviti sedangkan aku hanya menahan rasa gelora di dalam diri sambil mengenangkan saat-saat aku menjadi seperti mereka-mereka di atas sana..
wassallammmm...