BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 31, 2009

"KAMU SUMBER INSPIRASI KU"

Salam Rock macam biasa juga bah..
           Sudah 3 atau 4 hari sudah rasanya aku tidak membuat post baru..bukannya malas tapi sebenarnya tiada idea nak dikongsikan bersama. Hari ini aku membuat latihan penerjunan payung terjun lagi di DZ Seri Bertam Melaka tapi apa yang istimewanya latihan penerjunan pada kali ini ialah terjun bersama orang tertinggi dalam Rejimen GERAKHAS (Komando)..bukan orangnya yang tinggi tapi pangkatnyalah...haha..iaitu Panglima kami sendiri Brigeder Jeneral Dato Abdul Samad bersama Pengarah Gerakhas Kolonel Hassan dan Pegawai Memerintah aku Lt.Kol Ghazali Abu..
          Cukup kalau aku katakan bahawa mereka-mereka ini adalah insan-insan atau pegawai-pegawai atasan aku yang amat spoting berbeza dari tampuk pemerintah yang lepas-lepas..Panglima sendiri amat dekat dengan orang-orang bawahan macam aku sebab apa aku katakan demikian..apabila dia datang,dia sendiri yang menuju ke arah kita untuk bersalaman..bukan kita yang datang pada dia..ini amat berbeza dengan panglima-panglima aku sebelum ini..
         Diakhir penerjunan kami petang tadi..masa panglima nak balik..dia sempat lagi datang kearah kami dan macam biasa bersalaman dengan kami sambil berkata "TERIMA KASIH SEMUA..KAMULAH SUMBER INSPIRASI KU" itulah ayat sebiji yang panglima aku ungkapkan tadi..
        Apa yang ingin aku kongsikan disini ialah..ungkapan tadi sebenarnya membawa satu pengertian yang amat besar..kita orang-orang bawahan ini terasa amat diperlukan,jasa-jasa kita terasa dihargai dan yang paling penting kita dihormati oleh orang-orang atasan kita sendiri dan pastinya ini semua akan menaikkan lagi semangat kita untuk terus bekerja dengan lebih kuat dan gigih lagi..TQ panglima ku..



Salam Rock sekali lagi..macam biasa juga bah..

2 comments:

911 said...

ngam betul tu tuan.. kalau bukan orang bawah, indadalah orang atas.
Gamabar2 terjunan tu ndada ka tuan.. siyuk jugak kalau dpt tinguk, terutama gambar dari atas sana semasa terjun, boleh jugak orang yg ndada pernah terjun cam aku ni meninguk... hhiii

Kalau terjun laut cam biasa jugak tu tuan... hihii

jas@ligong said...

*sukung-usul 911--hehhehe
*sa inda pernah terjun-
*terjun sungai pernah lor--hehhe