BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 20, 2011

Jersey Baru cardiff City

                               Joe Jason

Salam Ceria semua rakan-rakan blogger..
         Selalunya untuk mengisi update terbaru untuk blog ini lebih kepada perkongsian maklumat berkenaan dengan radio online Bengkokafm tapi berbeza untuk kali ini...saya adalah salah seorang peminat permainan bolasepak dan pastinya tidak terkecuali dari mencari info terbaru berkenaan perkembangan bolasepak dalam mahu pun luar negeri..Pencarian terhenti bila terlihat jersey terbaru yang diguna pakai oleh para pemain Cardiff City..bukan sebab warna atau coraknya yang menarik perhatian saya tapi perkataan "Malaysia" yang terpampang luas di hadapan jersey itu sendiri..Betapa terdetik kebanggan dan mengharum perasaan kewarganegaraan dalam jiwa saya tatkala melihat nama negara sendiri terpampang begitu jelas disetiap jersey yang dipakai oleh para pemain Cardiff City. Hidup Malaysia....yeahhhhhhh



       


Saturday, September 10, 2011

Bengkokafm Jiwa Anak Watan Daerah Pitas

Salam sejahtera dan salam ceria..
              Agak lama juga blog yang tak seindah wajah ini berkubur dan tak terisi dengan pengisian-pengisian terbaru lantaran kesibukkan yang menerbitkan rasa kemalasan dalam diri dan kini ku gagahi juga jari jemari ini untuk menaip huruf demi huruf untuk menerbitkan ayat-ayat untuk mengisi ruang kosong di dada blog ini sebagai update yang terbaru dan kali ini tetap berkisar berkenaan radio online Bengkokafm. Tujuan tetap pada landasan yang asal untuk memberi informasi tunjang berkenaan kewujudan Bengkokafm.

RADIO ONLINE BENGKOKAFM
         Bengkokafm telah dibangunkan pada 1hb.Sept.2010 tercetus idea dari 3 orang admin iaitu 911            ( Mohd.Noor Ag.Yahya),MKA (Mohd.Khairul Abdullah) dan AKU (Abdul Rashid Tianok) dan di bawah naungan Penasihat Bengkokafm  Dk Stungkul (Abd.Kahar Ag.Yahya) setelah memikirkan perlunya ada radio online sendiri untuk warga daerah Pitas. Keperluan ini dilihat untuk tujuan pemangkin kepada generasi muda dan pertengahan di daerah Pitas sendiri yang kini sebahagian besar telah pun celik IT untuk terus maju kehadapan seiring dengan kemajuan pembangunan era globalisasi melalui ruang internet juga sebagai wadah hiburan dan interaksi kepada warga Pitas khasnya dan semua pengguna umumnya. Bengkokafm juga dibangunkan bertujuan untuk mengetengah dan memperkenalkan daerah Pitas itu sendiri kepada dunia luar yang mengetahui bahawa daerah Pitas adalah antara daerah termundur di Malaysia. Dengan adanya radio online Bengkokafm ini warga luar dapat menilai sendiri bahawa daerah Pitas bukan lagi dalam status daerah termundur di Malaysia. Nama radio online Bengkokafm ini telah diilhamkan oleh Jun Irnanis (Junaidah Sh.Endun) diadaptasi dari nama Bengkoka iaitu panggilan lain untuk jajahan daerah Pitas. Selain dari DJ AKU,DJ Khai dan DJ 9..DJ yang terawal sekali yang menyertai Bengkokafm ialah DJ Rush (S.Rushdy Pallatu)
            Untuk pengetahuan semua..selain dari radio online Bengkokafm yang terdapat di Pitas, satu lagi radio online yang paling utama yang berpengkalan di sini ialah Utarafm yang diterajui oleh salah seorang anak watan daerah Pitas juga iaitu DJ Rumputt (Mohd.Jasni Ahmad Shukri) yang mana Utarafm juga merupakan antara salah satu  radio online peneraju dan yang terawal di negeri Sabah.

Friday, October 8, 2010

Salam Ceria Selalu..


Salam Ceria kepada semua sahabat blogger yang selalu berkunjung..
            Mohon seribu kemaafan kepada semua rakan-rakan blogger sebab memang selama ini aku lama tidak meng'update' blog aku yang sedia ada ini lantaran kesibukan di Portal baru kami iaitu http://bengkokafm.com juga di laman Facebook kami http://www.facebook.com/BengkokaFM?v=photos&ref=ts#!/BengkokaFM yang membataskan aku untuk aktif berblog seperti selalunya..Untuk pengetahuan para sahabat blogger..Bengkokafm adalah salah satu portal komuniti juga punyai radio online interaktif sebagai wadah penyiar sebagai hiburan pendengar-pendengar radio online amnya dan untuk warga Bengkoka khasnya..Di laman utama Bengkokafm juga kami ada ruang chat http://bengkokafm.com/index2.php?option=com_jpfchat&Itemid=53 untuk para sahabat-sahabat atau rakan-rakan berchatting sambil mendengarkan radio online Bengkokafm dan antara deejay yang ada ialah aku sendiri yang dikenali sebagai DJ AKU..
          Jadi kepada rakan-rakan blogger yang rasa telah penat ber"blogwalking" dan ingin bersantai-santai seketika boleh berkunjung ke ruang sembang kami atau mendengarkan radio Bengkokafm sama ada melalui blog aku ni atau masuk terus ke laman utama Bengkokafm..kalau nak meriah sebelah malam bermula jam 8pm-12am..pasti ramai rakan-rakan baru yang boleh dikenali..
          Kepada rakan-rakan blogger yang setia melawat ke blog aku ni..aku mengucapkan ribuan-ribuan terima kasih..pastinya ada masa terluang nanti..saya akan menjejaki jejak yang anda-anda semua tinggalkan..
Salam Ceria selalu..