BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 24, 2010

Mari Kibarkan Jalur Gemilang...

Ehsan dari Goggle
Salam Ramadhan Hari Yang Ke 14
Sedar tak sedar hari ini sudah masuk hari yang ke 14 kita berpuasa dan sedar tak sedar  juga dah hampir separuh bulan kita di bulan Ramadhan yang mubarrak ini berjuang menentang nafsu,lapar dan dahaga demi untuk mencari keredhan Allah S.W.T..segalanya pasti di bulan Ogos..dan mungkin ada ketika kita terlupa yang bulan Ogos ini juga adalah bulan kemerdekaan bagi negara kita Malaysia yang tercinta...Mungkin bulan Ramadhan ini membayangi sambutan bulan kemerdekaan kita kerana pastinya orang sibuk berpuasa dan bila petang menjelma dalam kepala otak akan berfikir apakah juadah yang akan dijamah atau dihidangkan dan bagi mereka-meraka yang masih bujangan akan sibuk memikirkan bazaar Ramadhan mana  yang akan diserbu bila saja petang menjelma dan selepas berbuka pula akan berpusu-pusulah ke surau-surau atau masjid yang berhampiran untuk melakukan solat terawih dan selepas balik dari bersolat terawih pastinya dalam kepala otak hanya ingin berehat serehat-rehatnya di hamparan tilam yang empuk kerana pastinya subuh-subuh akan sibuk lagi menyediahkan juadah untuk bersahur dan untuk memikirkan soal kemerdekaan pastinya hanya 20% dalam kepala otak.

Ehsan Dari Goggle

Demi menyahut seruan Perdana Menteri sebagai satu ikatan dalam satu komuniti yang berbeda fahaman dan adat resam tapi berlindung di bawah satu kibaran bendera yang sama..marilah kita sama-sama memeriahkan sambutan hari kemerdekaan kali yang ke-53  pada tahun ini dengan mengibarkan bendera jalur gemilang yang berdaulat demi untuk menyokong gagasan 1 Malaysia yang telah diilhamkan sendiri oleh Perdana Menteri kita..Juga dikesempatan ini...marilah kita bersama-sama mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan pada sesama kita sebagai tanda kita berbangga menjadi rakyat pada sebuah negara yang aman damai dan pastinya tak ada negara di rantau ini yang begitu aman seaman negara kita Malaysia.
Ehsan Dari Goggle
Juga dikesempatan ini juga marilah kita bersama-sama menghadiahkan al-fatihah kepada pejuang-pejuang negara yang telah gugur sebagai pahlawan negara demi untuk memerdekakan mahu pun mempertahankan kemerdekaan negara Malaysia kerana tanpa mereka mungkin kita takkan dapat mengecapi kemerdekaan mahu pun keamanan yang kita rasai sekarang ini..dan pastinya hingga ke saat ini ada diantara anggota keselamatan kita yang berada di garis-garis tertentu sempadan negara berjauhan dengan sanak-saudara serta kaum keluarga demi untuk memastikan kita masih boleh makan dengan kenyang dan tidur dengan nyenyak.
Ehsan Dari Goggle
Di akhir coretan ni..berharaplah kita semoga generasi akan datang akan dapat mempertahankan dan meneruskan tradisi pengisian bulan kemerdekaan dengan mengibarkan bendera jalur gemilang di bangunan-bangunan kediaman mahu pun dimana saja sebagai tanda kita rakyat Malaysia bermegah dengan keamanan yang kita kecapi..Jadi..apa lagi..marilah bersama-sama mengibarkan bendera negara Malaysia jalur gemilang yang berdaulat..MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!