BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 27, 2010

Seorang lagi perwira kita terkorban

          Tersentak hati ini bila mendengar berita di radio Era pagi ini yang mengatakan satu tragedi payung terjun telah berlaku yang mengorbankan seorang lagi perwira negara kita pada petang kelmarin di Lapangan Terbang Gong Kedak Besut Terengganu..kenal sangat dengan DZ itu sebab di situlah juga kali pertama AKU mengenal dan merasai terjun payung pada ketika itu payung statik. Manakan tidak tersentap hati ini sebab di depan mata ini sendiri pernah melihat beberapa orang rakan seperjuangan yang pernah menghadapi situasi yang sama,yang cedera dan yang meninggal dunia dan diri ini sendiri pernah menghadapi situasi yang hampir serupa..namun tuhan masih memanjangkan umur dan riwayat diri ini..dan beberapa kejadian yang menimpa memang memeritkan disebalik keseronokan..itulah namanya payung terjun.


PILU...Nik Hasnah mencium kain pemberian arwah anaknya, Hasnizan 
(gambar kecil).
PILU...Nik Hasnah mencium kain pemberian arwah anaknya, Hasnizan (gambar kecil).(Sumber gambar dan berita : Harian Metro online)

        Berusaha diri ini mencari maklumat berkenan tragedi itu dan mendapat sedikit maklumat dari harian Metro online.. 

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Pasukan Khas Udara (Paskau), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Kem Jugra, Banting, Selangor terbunuh ketika menjalani latihan terjun payung di Pangkalan Udara TUDM, Gong Kedak, Besut, Terengganu petang semalam.
Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berhubung perkara itu, berkata dalam kejadian jam 1.59 tengah hari Allahyarham Laskar Udara Kanan Hasnizam Ab Wahid, 25, disahkan meninggal dunia jam 3.59 petang ketika dirawat di Hospital Besut.
Hasnizam yang berasal dari Batu Pahat, Johor, sudah berkahwin Oktober tahun lalu, tetapi belum dikurniakan cahaya mata.


Allahyarham menjalani Kursus Terjun Statik Tempur Siri 1/2010 di pangkalan udara berkenaan parah selepas payung terjun yang digunakan untuk latihan gagal berfungsi sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
(Sumber: Berita Harian Metro bertarikh 27/07/2010)

        Apa yang ingin AKU perkatakan di sini ialah..Tentera,Pasukan Khusus sama ada Pasukan Khas Udara (Paskau), Pasukan Khas Laut (Paskal) mahupun Gerakhas (Komando) takkan lengkap tanpa ada kepakaran dalam payung terjun..Apa pun mengikut pengalaman diri yang amat kerdil ini sebenarnya payung terjun adalah selamat kalau mengikut perkara-perkara asas yang dipelajari..seandainya ada kejadian yang sebegini berlaku..ini mungkin perkara utama adalah KETENTUAN yang Maha Esa dan yang selebihnya faktor cuaca,kecuaian penerjun sendiri atau kecuaian anggota atau orang yang menyelenggara payung yang digunakan sama ada dalam proses melipat atau teknikal lain..

        Apa pun..dikesempatan ini..diri yang kerdil ini ingin mengucapkan takziah pada keluarga Allahyarham dan dengan iringan doa serta alfatihah semoga roh Allayarham ditempatkan di samping orang-orang yang beriman..Amin..kepastian yang abadi..Allahyarham adalah perwira negara kerana perginya disebabkan latihan yang bertujuan untuk mempertahankan negara Malaysia yang tercinta.

        Bagi kita yang tinggal ini..sentiasalah kita mengingati dan menginsafi diri..adakalanya para perajurit kita bersengkang mata sambil menahan lapar dahaga dan berkorban nyawa ketika menjalani latihan atau operasi dan ketika itu kita mungkin sedang bersantai sambil menonton TV,melayari internet,berhibur di pesta-pesta atau makan di restoran-restoran..Jadi..hargailah pengorbanan para perajurit kita dengan menghormati mereka sebagai seorang pelindung negara.