BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 3, 2010

Kecundangnya Ghana kerana nasib..

                                             
Salam 1Malaysia..
           Kepada semua peminat pasukan bolasepak Piala Dunia Ghana pastinya makan tak kenyang tidur tak lena malam tadi apabila kalah di tangan pasukan Uruguay dalam satu permainan yang penuh dramatik apabila mengheret permainan hingga ke masa tambahan setelah kedua-dua pasukan seri satu sama di masa permainan 90 minit berlangsung..Banyak babak-babak menarik boleh kita lihat semasa permainan sedang berlangsung dan pastinya yang paling meninggalkan kesan adalah kegagalan penyerang utama pasukan Ghana iaitu Asamoah Gyan menyempurnakan sepakan penalti diminit terakhir permainan masa tambahan kerana sekiranya A.Gyan berjaya menyempurnakan sepakan itu bererti Uruguay akan gagal ke pusingan seterusnya tapi sebaliknya..sepakan itu juga pastinya akan diingat sampai bila-bila oleh peminat bolasepak diseluruh dunia bukan sebab A.Gyan gagal menyempurnakan sepakan penalti itu tapi nilai kegagalan sepakan penalti itu sendiri..sememangnya nasib tidak meyebelahi pasukan Ghana untuk melangkah jauh di pentas Piala Dunia bagi edisi 2010 ini.



                                                Asamoah Gyan
             Permainan diheret ke sepakan penalti untuk menentukan siapa pemenang yang bakal mengisi slot kekosongan untuk berdepan dengan pasukan Belanda yang telah sedia menanti di separuh akhir nanti tetapi cerita hampir sama dengan apa yang terjadi di masa permainan penuh..kegagalan dua pemain pasukan Ghana menyempurnakan sepakan penalti meleburkan samasekali harapan pasukan Ghana untuk layak ke pusingan separuh akhir Piala Dunia dalam sejarah bolasepak mereka..Apa pun sebenarnnya nasiblah yang tidak menyebelahi mereka untuk layak ke pusingan seterusnya..untuk permainan memang tak dapat dinafikan pasukan Ghana mempunyai tahap atau cara permainan sebagai pasukan juara sebenarnya. Apa pun tahniah juga pada pasukan Ghana sebab berjaya melangkah jauh walaupun kecundang malam tadi. Pasukan Malaysia bila lagi?????..